Wednesday, August 25, 2010

Peringatan buat para isteri

Pada suatu petang, saya mendapat panggilan daripada hospital menyatakan seorang ibu muda mempunyai mata merah yang sakit dan tidak dapat membuka mata beliau. Setelah memeriksa beliau, saya mendapati, beliau mengalami sakit mata selamat 5 hari dan tidak beransur pulih dengan ubat yang diberi oleh tiga doktor sebelum itu. Semasa memeriksa mata beliau, saya dapati, selain daripada jangkitan virus dan yang menghairankan saya, selalunya infeksinya hanya melibatkan konjunktiva atau bahagian mata yang putih. Bagi pesakit ini, bahagian kornea atau bahagian mata yang hitam yang penting untuk melihat telah koyak dengan agak banyak sehingga menyebabkan beliau rasa amat sakit dan tidak dapat melihat dengan jelas. Saya terpaksa meletak ubat dan menampal kedua mata beliau dan memasukkan beliau ke dalam wad untuk pemerhatian rapi. Setelah melihat keadaan yang agak teruk bagi jangkitan yang selalunya mudah dikawal, hati kecil saya bertanya apakah hikmah ataupun rahsia di sebalik kejadian ini. Dengan kuasa Allah, saya menyedari bahawa beliau agak kasar dengan suaminya. Setelah dua hari di dalam wad dan beransur pulih, saya menasihati beliau secara tidak langsung tentang pentingnya sebagai seorang isteri solehah kita harus menjaga tiga perkara suami kita.

1. Mata beliau - sentiasa kelihatan cantik dan menawan dengan menjaga rupa paras dan berat badan.
2. Hidung beliau - sentiasa berbau wangi dan menjaga kebersihan mulut dan nafas supaya selesa apabila suami bercakap berdekatan dengan kita.
3. Telinga beliau - sentiasa mengeluarkan kata-kata yang manis dan pujian serta penghargaan, dan jangan sekali-kali kufur nikmat.

Beliau seterusnya memberitahu saya sebelum berlakunya sakit mata itu, beliau telah merajuk dengan suaminya. Beliau nampaknya insaf ketika memberitahu kisah ini dan mengakui bahawa setiap kali beliau berlaku kasar terhadap suaminya, tentu sesuatu perkara negatif akan berlaku terhadap beliau. Saya meneruskan menasihati beliau bahawa dalam kehidupan kita bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami dan sebagai seorang isteri, hidup kita fokus untuk jadi isteri solehah. Dan jika mempunyai profession, jadi professional mukminah. Setelah berjumpa dengan beliau hari ni, beliau menyatakan bahawa beliau memang selalu memberitahu suaminya bahawa fokus beliau adalah untuk menjadi isteri solehah dan setelah peristiwa ini, semangat beliau untuk mencapai cita-cita ini bertambah kuat.

Saya bersyukur kerana di dalam setiap pesakit yang saya jumpai dapat mempelajari sesuatu dan menambah lagi kesyukuran apabila hati kita suka pada kebaikan dan takut pada kejahatan.


64 comments:

  1. salam doc...

    terkesan baca kisah diatas...
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sharing, today, Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) has the equipment to perform the non-invasive procedure to treat the condition. “The Ultra Q multi-modality YAG Laser we acquired offers greater accuracy and control than traditional YAG Lasers, allowing us to perform better treatment, read more at:
      http://kidbuxblog.com/non-invasive-procedure-to-treat-eye-floaters/

      Delete
  2. saya seorang ibu tunggal...
    terkesan dengan pengalaman prof walau saya tidak mempunyai seseorang yg bergelar suami...
    Hargailah suami anda ketika masih anda miliki...
    Bila ia telah ditakdirkan akan hilang dari pandangan....
    Hanya kenangan saja yang tinggal.

    ReplyDelete
  3. Juga peringatan untuk suami2. kerana Allah itu Maha Adil

    ReplyDelete
  4. Salam Dr..

    Akhirnya saya jumpa cara nak mengikuti perkembangan dr. Saya dengar segmen Islam itu Indah di IKIM.fm dan sangat suka dengan pendekatan dr.

    Semoga Allah sentiasa beri kelapangan untuk Dr mengemaskini blog ni walaupun ringkas supaya saya boleh kutip ilmu2 dr Dr. Dalam radio saya tak sempat nak catat point2 penting yang selalu Dr sebut.

    Beruntung isteri tu Dr. Allah sayang dia sebab dia dapat peringatan segera setiap kali dia buat salah...

    Barakallahufik...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Dr

    moga Allah terusan beri kelapangan dan idea untuk Dr kongsikan kisah di blog ini...
    terima kasih

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..alhamdulillah kita sama2 ucapkn kepada suami dan isteri mari sama2 hargai nikmat perkhwinan..dberi kelapangan dada,dbri pndangan yg indah ,dpt mndgr suara yg dikasih..manisnya rasa..mana ada cinta sepasang kekasih di dunia yg bersih dan seindah sebuah pernikahan. Untuk suamiku..terima kasih.........

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    menyuntik kesedaran sesiapa yang membacanya..
    terima kasih Dr

    ReplyDelete
  8. ada mata sengaja dipejam, ada telinga yang sentiasa terbuka pun tidak mahu mendengar. Ada hati tidak perasan pula ada penyakit. Lantas apabila berbicara, melangkah dan bertindak perasan je sentiasa betul selagi memuaskan hati sendiri; walaupun ada hati yang terluka buat-buatlah tak perasan. Yang susahnya semua aspek tunjuk tahu belaka. Suka tunjuk diri sempurna dan yang parah sehingga terzalimlah orang sekeliling. Bersepah orang macam ni. Apa yang penting kita perlu waspada selalu supaya tidak terbabas hingga termasuk golongan tu..walaupun terkadang kita adalah mangsa kezalimannya..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, sAlam ziarah =)
    ptama kali singgah di Blog seorang "Doctor" saya kagum .By all the meaning of the word. Keep it Up Doc.. Saya pembaca anda! =)

    ReplyDelete
  10. cerita ini telah memberi pengajaran kepada saya sebagai seorang isteri..terima kasih

    ReplyDelete
  11. salam DOC

    terkesima dan terkesan dgn cerita di atas.tq.
    suka ikuti slot Dr DI HOT TV2.BEST!

    ReplyDelete
  12. Salam Prof Dr. Muhaya...
    Saya peminat setia rancangan Dari Mata Ke Hati.
    Alhamdulilah, setelah mengikuti rancangan Dr. saya rasa bersemangat kembali. Memang membuka ruang mata hati untuk benar2 berubah.
    Teruskan usaha murni doktor.
    Saya kagum dengan Dr.
    Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  13. salam doc. muhaya..

    terima kasih utk info ni..

    peringatan utk kite semua utk menghargai suami..

    terima kasih banyak2..heheh

    ReplyDelete
  14. Kadang2 para isteri selalu lupa yang taraf kedudukan suami adalah ketiga selepas Allah SWT, Rasullulah,bagi yang berugama Islam.Sepatutnya si-suami patut dihormat selagi suami tidak mengabaikan tugasnya kpd Allah SWT,ugama dan keluarganya.

    Teruskan Wal Asr,Dr,agar para isteri selalu diingatkan kejalan yang benar......

    ADUKA PENDEKAR

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas segala ingatan

    ReplyDelete
  16. Salam Dr...saya sgt meminati Dr. Setiap kata2 dr sangat bermakna. Mohon share kata2 dr dalam entri peringatan untuk isteri...TK.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Doktor,
    Saya ada mendengar session Doktor di IKIM dan sangat berminat dengan response dan pendapat Doktor. Mohon Doktor maklumkan bagaimana untuk dapatkan CD yang Doktor mention dalam IKIM hari ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas perkongsian ini...suami isteri perlu saling menghormati..

    ReplyDelete
  19. pg td secara x sengaja, sy m,dgr slot Dr menerusi IKIM d dlm kereta. Cuma skjp, x smp 5 minit.Namun, hingga saat ini, msh t,ngiang2 amanat2 yg dismpaikan doc. sgguh t,ksn. Jazakallahu khairan kathira..

    ReplyDelete
  20. selama ini apa yg d ucapkan prof mmg ada terjd dlm hati saya.....moga setiap program prof dpt jd tauladan pd saya dan pd semua....nikmat yg tidak terhingga dr ALLAHSWT.....moga d beri kebahagian pd prof.....

    ReplyDelete
  21. bingkisan yg sgt menarik dr prof. terima kasih dr.muhaya...

    ReplyDelete
  22. masya Allah..terkesan saya membacanya..Insya Allah akan jadi yang terbaik untuk suami nanti

    ReplyDelete
  23. entri ni sgt menarik..pengajaran yg baik

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. doa sy agar dr.terus sukses dlm memperkasakan akhlak dan jiwa warga islam di malaysia.....alhamdulillah..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaiki ya doc..

    best bace entry doc ni. Sy bercita2 nk jadi teknokrat hebat mcm doc suatu hari nnt. Doakan sy ye doc? Mahu jadi doc muslimah yg hebat mcm doc :)

    ReplyDelete
  27. salam doc.
    terima kasih diatas perkongsian,
    saya copy dr doc, halal kan ye.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Puan,
    Saya nak bertanya setiap pagi mata saya sebelah kanan akan berasa sakit. Rasa sakit ini bermula dari kening hingga ke mata dan ia akan beransur kurang apabila menjelang tengahari. Tolong Puan, macam mana saya nak atasi masalah ini.Saya tak ia menjejaskan kerja saya. Terima kasih. alamat email saya qishah2915@gmail.com.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum saya ingin bertanya tentang penyakit yang dihidapi anak saya bernama syuaib berumur 8 tahun menghidap penyakit Toxoplasmosis mohon pertolongan dr tlg balas kembali kerana ini amat penting bagi saya

    ReplyDelete
  30. Salam,
    Alhamdulilah masih ada insan spt Dr Muhaya. Banyak perkara yg sy perbaiki.

    ReplyDelete
  31. Salam, Prof...mudah2an ALLAH memeliharakan Prof untuk sm2 mbntu lbh rmai org yg lain...insyaALLAH...

    Prof, sy ingin bertanya ttg hal peribadi yg bukan berkaitan dgn pnyakit mata. Jd ada tidak emel peribadi atau sebarang saluran yg mbolehkan sy brtnya pndpt Prof secara lbh tertutup?

    Terima kasih ats bacaan komen ini...

    ReplyDelete
  32. Assalamuaikum Dr Muhaya...setiap kali saya memdapat info dari prof minda saya menjd positif,mudahan2 Allah sentiasa memelihara prof....

    ReplyDelete
  33. Terima Kasih Doktor ngan kisah ini...sangat bermakna..dan buat peringatan pada yang lain

    ReplyDelete
  34. setiap dugaan ada hikmahnya dan setiap yang berlaku itu adalah peringatan bagi orang yang mahu mengerti

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah. biasanya baca kat fb jer ari ni jumpa blog. Byk ilmu nak kutip ni. apa2 pun jazakillah.

    ReplyDelete
  36. Teguran yang jujur menyentuh hati, pesanan yang benar namun amat sukar diikuti .. benarlah.. sesungguhnya ubat itu pahit.

    ReplyDelete
  37. pandangan mata hati begitu menyentuh jiwa saya..saya sangat meminati doktor..dan saya berharap suatu hari nanti anak saya juga boleh menjadi seperti doktor..insyallah amin...

    ReplyDelete
  38. Salam doktor..

    Terkesima dengan entry di atas..banyak yang tersembunyi disebaliknya..

    ReplyDelete
  39. salam doktor,

    dah faham sekarang...terima kasih ya doktor..:)

    ReplyDelete
  40. pesanan buat diri sendiri yg bergelar suami juga, sentiasa memaafkan isteri.

    ReplyDelete
  41. Salam Prof,
    Saya adalah salah seorang peminat Prof, suka akan penampilan Prof. ingin mengikut aktiviti Prof.
    Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar Prof. dari episod diatas, saya akan perbaiki diri saya untuk ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  42. TQ Prof Muhaya
    Peringatan buat semua,
    kehidupan dalam rumah tangga,
    bertolak ansur maaf sentiasa,
    moga di redai oleh yang esa.

    -Syukur atas nikmat mu YA ALLAH

    ReplyDelete
  43. Beruntung pesakit tuh kerana mendapat peringatan dari Allah secara direct.. means semasa hidupnya... dan masih boleh memperbaiki keadaan...

    ReplyDelete
  44. Terkesan sungguh, walau saya seorg suami, buat suami juga,,,

    ReplyDelete
  45. Assalamuaikum Dr Muhaya.... Tq kerana sudi berkongsi pengalaman yang banyak memberi manafaat untuk dijadikan panduan....

    ReplyDelete
  46. Terima kasih dr.segala pengalaman yang dr kongsi dgn kami begitu terkesan sekali.Cuma saya harap sangat untuk bertanya kpda Dr tentang cara yang betul dan berlandaskan Islam untuk mendidik anak perempuan.
    Terus terang saya tidak tahu apa yg betul apa yg salah dalam mendidik anak supaya menjadi anak yang soleh.Harap mendapat nasihat Dr.

    ReplyDelete
  47. Dear Prof Dr. Muhaya,
    May Allah bless you and your family for all of your wonderful efforts :) Thank you.
    Wassalam,
    Shaheen

    ReplyDelete
  48. tq dr diatas sgala perkongsiam ilmu yg dr telah pesan dn sampaikan..sgala pesanan dr amt terkesan dlm diri sy..sy jadikn sbg pedoman dn sumber kekuatn dlm dri sy utk teruskn kehdupan ini..wlupn sy seorang ibu tunggal yg kmatian suami nmun allah masih ada bersama2 sy insyaallah...ujian allah bkn suatu kelemahan utk sy truskn hdup,tp sbg suatu kekuatn utk menguji kesabaran..apa pn pesanan dn tip2 yg berkesan dari dr sy jdkn sumber kekuatan..tqvm dr.,sy amat kagum dgn ilmu,pendkatan yg dr gunakn dlm mengajak, berpesan dm berseru kpd manusia dlm melakukan kebaikan..

    ReplyDelete
  49. dear dr.
    tis easy to be an angel when nobody ruffles your feathers

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum wtb...
    Salam berbahagia saya ucapkan
    semoga anda semua sentiasa mendapat rahmat dan hidayah drp Allah SWT..
    kepada yang berbahagia Prof.Dr Muhaya dan semua pengunjung laman ini...saya adalah salah seorang yang sentiasa mengikuti siri ceramah dan motivasi yang di sampaikan oleh Dr.
    Untuk saudara pengunjung laman ini yang ingin mendalami lebih lagi buku-buku agama yang pelbagai bidang silalah mengunjungi laman berikut:-

    http://sambooks-synergymedia.blogspot.com/
    http://sambooks.com.my
    fb: samsynergymedia

    ReplyDelete
  51. Alhamdulillah, syukran Prof. atas perkongsian ini.. insyaAllah bermanfaat

    Tanyalah Ustazah : Allah CEOku

    ReplyDelete
  52. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  53. Buka aib orang, Who are u to judge??

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum..bagaimana nak sentiasa maintain cemerlang? Bagaimana cara prof ajar anank prof belajar? Tips belajar? Soalan kedua, apakah dalil dan hukum sebenar perempuan yang memakai purdah? Sebab ada yg kata bila sekali pakai dn lelaki nmpak, kita tak boleh buka betulkah??? Maaf tiada kaitan dgn tajuk kali ini.

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  56. Seorang seperti Prof. Dr. Muhaya Mohammad mendakwa mempunyai berpangkat Profesor. Tetapi persoalannya pangkat Profesor itu diberikan dari university mana? Kalau nak tahu sama ada seorang itu Profesor yang tulin atau palsu, bolehlah disemak di laman Majlis Profesor Negara (MPN).

    http://majlisprofesor.my/index.php?lang=ms

    Menurut lapuran dari Utusan Malaysia (16 Oktober 2016), JPA dijangka untuk melakukan draf undang-undang untuk mengekang pengunaan gelaran akademik palsu seperti Dr, Ir., Profesor dan Profesor Emeritus oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Di negara Barat, penguatkuasaan adalah lebih ketat lagi, mana-mana individu yang didapati bersalah menggunakan gelaran akademik palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  57. Seorang seperti Prof. Dr. Muhaya Mohammad mendakwa mempunyai berpangkat Profesor. Tetapi persoalannya pangkat Profesor itu diberikan dari university mana? Kalau nak tahu sama ada seorang itu Profesor yang tulin atau palsu, bolehlah disemak di laman Majlis Profesor Negara (MPN).

    http://majlisprofesor.my/index.php?lang=ms

    Menurut lapuran dari Utusan Malaysia (16 Oktober 2016), JPA dijangka untuk melakukan draf undang-undang untuk mengekang pengunaan gelaran akademik palsu seperti Dr, Ir., Profesor dan Profesor Emeritus oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Di negara Barat, penguatkuasaan adalah lebih ketat lagi, mana-mana individu yang didapati bersalah menggunakan gelaran akademik palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete