Thursday, July 8, 2010

Hadiah buat allahyarham Ayahnda Haji Mohamad Bin Haji Busu

Hari ini alhamdulillah telah menjalankan pembedahan mata keatas rakan karib Allahyarham ayahnda saya. Sebelum menjalankan pembedahan teringat kisah yang pernah didengar bahawa jika seorang anak berbuat baik kepada rakan baik atau orang yang disayangi insyaAllah malaikat akan menghantar dulang berisi cahaya dan mengatakan kepada ibu bapa kita ini adalah kiriman anak mu. Alangkah berbahagia nya orang yang mati dengan meninggalkan anak soleh yang mendoakannya. 

Juga nabi Mohammad saw pernah bertanya pada sahabat siapa kah orang yang muflis? sahabat menjawab mereka yang miskin. Nabi bersabda" Tidak mereka yang muflis ialah mereka yang mempunyai anak tetapi apabila mereka mati anak mereka tidak mendoakan mereka dan mereka tidak mendapat apa apa kebaikan dari anak mereka. 

Oleh itu penting kita semua merenung dan lihat samaada kita hidup untuk mencari pencen kubor kita iaitu 1. Anak yang soleh yg mendoakan kita, 2. Sedekah jariah, 3. Ilmu bermanafaat. 

Berbalik kepada pembedahan tadi ia agak mencabar tetapi berlaku dengan mudah. Rakan ayah saya ini seorang yang dermawan dan warak. Sekali lagi saya membuat rumusan bahawa amalan seseorang merupakan faktor penting didalam kejayaan pembedahan selai dari kecekapan doktor. Wallahuaalam

3 comments:

  1. Wallahualam, kdg2 kita sibuk fikir apa yg org beri pd kita, smpai terlupa apa yg kita dh beri pd org. Selain dpt nikmat gembira lihat org yg kita bantu gembira, kita tak sedar secara tak langsung kita dah beri arwah ibu/bapa kita sedikit ganjaran. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah..beruntung parents yg memiliki anak2 seperti Dr..
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Salam, semoga menjadi ingatan bagiku kepada orang tuaku dan ingatan kepada anak2 agar nanti tidak akan menjadikan aku ini seorang yg muflis, biarpun mempunyai 6 orang putera dan puteri.

    ReplyDelete